Selasa, 31 Ogos 2010

Dugaan 1 September

Dugaan...dugaan...kalau la malam tadi malam Lailatul Qadar...alangkah bahagianya. sebab apa??? sebab malam tadi aku cuma tido 10 minit pada setiap jam. kemuncaknye jam 4.ooam, harith bangun dan nangis. suhu badan dia panas betul. aku macam rasa nak mandikan dia..tapi boleh ke..adoiiiii................... gelisah betul dia tido malam tadi. aku pun tak tenang. sekejap2 dia merengek...demam. kesian dia. puas aku 'jelum' kepala dia. tak kebah gak demam dia. takkan nak bagi ubat je. kesian anak aku...

4.15am, handphone bunyik tanda sms masuk..kak, mak dah gerak ke kuala lumpur..doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik..oh....aku sedih yang amat. satu persatu..takpe, dugaan ramadhan. adik aku sakit. lebih kurang seminggu lagi nak sambut raya...alahai, kalau la adik aku tak baik alangkah hambarnya raya kami kali ini. tabahla mak..Allah tidak menduga hambanya kalau kita tak mampu untuk menanggungnya...

Selasa, 17 Ogos 2010

Ramadhan di hari ke 8

Pejam celik, pejam celik dah 8 hari umat islam berpuasa. dan...baru semalam la, aku berpeluang ke bazaar ramadhan. tu pun sebab en suami balik awal. Kalau idak, berbuka nasi je la macam selalu. Dan buat kali pertama jugak semalam aku makan laksa johor. tu pun sebab en suami kata, macam sedap aje laksa tu. teruk bebenor aku ni jadik org johor. laksa johor pun tak pernah makan. bukan tak suka, agak kurang gemar. Bersama-sama juadah yang dibeli, kami sekeluarga berbuka dengan sup daging dan sayur goreng a.k.a sambal goreng. eh ye ke....sental je la. si kakak berbuka dirumah pengasuh, adik tidur. Jadi, berdua je la. Moga-moga puasa kami diterima semalam...Insya Allah.

Isnin, 16 Ogos 2010

Aku kembali...

Agak lama jugak blog ini tidak ku jengah.. dari baby bergerak2 dialam rahim hingga sekarang harith dah berusi 8 bulan..sangat melampau.... batasan waktu dan tugas yang tidak mengizinkan aku mewarnai blog ku ini. akhir-akhir ini beban tugas semakin bertambah. badan pun kerap sakit2 minta dipicit..adoi aiii....nasib baik ada en panadol extend. alahai...

Rabu, 17 Jun 2009

Isnin, 11 Mei 2009

begining of me..

hi..hi...testing..testing...
ari ni ari pertama aku update blog ni...tu pun mini dah bagi cantik-cantik, then suruh aku taip apa yang patut. time kasih minie. aku memang cetek ilmu pasal blog2 ni.huhu....
actualy, aku tak nampak lagi apa aku nak citer apa kat dlam blog ni. nak tulis kena dalam keadaan yang rasional, aman dan tenang.