Selasa, 17 Ogos 2010

Ramadhan di hari ke 8

Pejam celik, pejam celik dah 8 hari umat islam berpuasa. dan...baru semalam la, aku berpeluang ke bazaar ramadhan. tu pun sebab en suami balik awal. Kalau idak, berbuka nasi je la macam selalu. Dan buat kali pertama jugak semalam aku makan laksa johor. tu pun sebab en suami kata, macam sedap aje laksa tu. teruk bebenor aku ni jadik org johor. laksa johor pun tak pernah makan. bukan tak suka, agak kurang gemar. Bersama-sama juadah yang dibeli, kami sekeluarga berbuka dengan sup daging dan sayur goreng a.k.a sambal goreng. eh ye ke....sental je la. si kakak berbuka dirumah pengasuh, adik tidur. Jadi, berdua je la. Moga-moga puasa kami diterima semalam...Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan