Selasa, 31 Ogos 2010

Dugaan 1 September

Dugaan...dugaan...kalau la malam tadi malam Lailatul Qadar...alangkah bahagianya. sebab apa??? sebab malam tadi aku cuma tido 10 minit pada setiap jam. kemuncaknye jam 4.ooam, harith bangun dan nangis. suhu badan dia panas betul. aku macam rasa nak mandikan dia..tapi boleh ke..adoiiiii................... gelisah betul dia tido malam tadi. aku pun tak tenang. sekejap2 dia merengek...demam. kesian dia. puas aku 'jelum' kepala dia. tak kebah gak demam dia. takkan nak bagi ubat je. kesian anak aku...

4.15am, handphone bunyik tanda sms masuk..kak, mak dah gerak ke kuala lumpur..doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik..oh....aku sedih yang amat. satu persatu..takpe, dugaan ramadhan. adik aku sakit. lebih kurang seminggu lagi nak sambut raya...alahai, kalau la adik aku tak baik alangkah hambarnya raya kami kali ini. tabahla mak..Allah tidak menduga hambanya kalau kita tak mampu untuk menanggungnya...

1 ulasan:

  1. t, adik ipo aku ajo kalo bdn anak panas jerlum dia seluruh badan dia ngan air asam jawa.. buat pekat2.. smpai badan dia sejuk blk.. ntah aku pn baru tau.. ko cubalah kot2 ada perubahan ke..

    BalasPadam